Friday, May 7, 2010

bab 4

kurun ke 15

Masa silih berganti namun kedukaan di hati fatimah masih belum terubat, kehilangan kekasih hatinya di medan perperangan membuat harinya semakin sunggul. Masih terngiang-ngiang lagi suara zaman di cuping telinganya. suara zaman yang serak-serak basah sentiasa menghiburkan hari-hari fatimah. saban hari zaman sentiasa mengusik fatimah dengan lagaknya yang nakal itu.
"fatimah, hamba lihat ada kumbang di rambut kamu itu. kumbang itu kelihatan mencuba merampas kamu dari hamba." zaman menahan gelak ketika fatimah membuat muka mencukanya.
ingatan kepada zaman semakin hari semakin jelas di ingatan fatimah, ia juga seolah-olah seperti zaman sedang berada hi hadapannya. kenangan bersama zaman seolah-olah tidak mahu hilang di ingatannya.
" fatimah, sudah-sudah lah kamu termenung di anjung itu. sudah tiba masa untuk solat maghrib. janganlah kamu lengah-lengahkan." tiba-tiba suara juhana kedengaran. juhana adalah ibu kepada fatimah, beliau kenal sangat perihal anaknya itu. fatimah bukanlah seorang anak yang suka melewat-lewatkan solat. namun setelah kematian zaman perangai fatimah berubah serta merta. sekiranya beliau tidak di suruh untuk menunaikan solat lima waktu itu, sudah tentu dia tidak akan mengerjakannya.

pemergian zaman ke medan peperangan adalah diarahkan oleh bapanya selaku iman serta guru persilatan di perkampungannya itu. zaman telah ditugaskan untuk memerangi manusia yang mensyirikkan Allah. perkampungan mereka berhampiran dengan kepulauan yang di diami oleh manusia-manusia durjana yang telah berjaya disesatkan oleh syaitan laknattullah.mereka seringkali diingatkan oleh bapa zaman sebelum berangkat untuk pergi ke medan peperangan tentang Allah yang telah menjanjikan mati syahid kepada hambanya yang berjihad ke jalan Nya.

Firman Allah Ta‘ala:

"Oleh itu, orang-orang (beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar."

Namun tanpa diduga bala tentera yang telah diketuai oleh zaman telah tewas di tangan manusia-manusia durjana itu. kekalahan yang tidak disangka-sangka itu sememangnya mengejutkan seluruh negeri itu. khabar kekalahan bala tentera yang diketuai oleh anak mantan panglima perang negeri itu tiba di pendengaran sultan Muhamad Shah. Sultan Muhamad Shah merupakan sultan bagi negeri Selawang yang bernaung di bumi majapahit. khabar yang mendukacitakan itu telah membawa perkarangan istana ke kampung cendanapura. Rombongan istana itu telah membawa pelbagai utusan daripada sultan untuk diserahkan kepada keluarga yang telah kehilangan ahlinya akibat daripada kekalahan mereka dengan bala tentera pulau puaka itu.

"usah lagi diingati kepada yang telah pergi fatimah, kamu sedekahkan sahaja Al-fatihah kepada almarhum bersama-sama sahabatnya. bonda khuatir akan perilaku kamu yang sebegini." juhana sering kali menegur anak tunggalnya itu ketika melihatnya termenung di anjung rumahnya itu.
"bonda, fatimah tidak dapat menerima kehilangan zaman, bonda. zaman adalah nyawa anakanda." itulah jawapan yang sering kali di berikan oleh fatimah ketika ibunya menegurnya.
"sememangnya benar kata-kata kamu itu, namun ajal maut, jodoh pertemuan semuanya telah tertulis di atas sana fatimah. Janganlah kamu lupa akan itu anak ku." juhana tidak pernah lokek untuk menasihati anak tunggalnya itu. beliau akan melakukan apa sahaja asalkan saja fatimah akan kembali pulih seperti dahulu.

MASA SEKARANG...

keadaan di perkarangan ruang menunggu di hospital Teluk Intan semakin lengang. semua orang yang bertujuan untuk melihat keadaan yusuf telah beransur pulang ke rumah masing-masing. sekarang hanya yang tinggal sanak saudara dan sahabat handai yusuf. mereka tidak mahu pulang selagi tidak tahu kondisi sebenar yusuf sekarang. Tiba-tiba Dr. Rahman telah keluar daripada ruang pembedahan. Sekarang hati semua yang berada di situ berdebar ingin mengetahui apa yang bakal diberi tahu oleh Dr.Rahman.
"sebelum apa-apa saya ingin meminta maaf kepada anda semua. pihak kami telah berusaha dengan sehabis mampu. namun segalanya telah ditakdir oleh yang Maha Mengetahui di atas sana" kata-kata itu telah membuat darah mereka semua berderau hingga ke seluruh tubuh. Rosnah seakan-akan hendak pengsan setelah mendengar kata-kata Dr. Rahman itu.
" adakah yusuf mening...." tiba-tiba rashidi bertanyakan soalan yang sememangnya tidak mahu di dengari oleh sesiapa pun yang berada di situ. namun kata-kata rashidi tidak dapat dihabiskan kerana telah dipintas oleh Dr. Rahman.
"oh tidak En. rashidi, yusuf tidak meninggal dunia. beliau sekarang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, atau lebih dikenali dengan nama lain iaitu koma". Penerangan lanjut yang telah diberikan oleh Dr. Rahman telah melegakan perasaan mereka yang berada di situ.
" namun, keupayaan untuk yusuf bernafas adalah tiada. beliau terpaksa di bantu dengan alat bantuan pernafasan." dr.Rahman menambah lagi sedikit penerangan kepada mereka. sebenarnya ada lagi perkara yang ingin di tambah oleh beliau tetapi, beliau berasa tidak sampai hati untuk memberi tahu perkara itu sekarang. beliau mengambil keputusan untuk memberi tahu hal itu apabila ahli keluarganya kembali tenang.
" doktor bolehkah saya melihat anak saya sekarag?" rosnah terus bertanya kepada dr. Rahman setelah dr Rahman habis memberi tahu kondisi yusuf.
"maaf ye puan rosnah, tiada sesiapa pun di benarkan untuk melawat yusuf pada masa ini. beliau terpaksa kami tahan di unit pemerhatian rapi sehingga keadaan nya kembali stabil kelak." dr. Rahman dengan tenang mengawal keadaan di situ. sesungguhnya beliau telah biasa dengan keadaan sedemikian. namun apa yang mengusarkan hatinya ialah, selalunya perkara sebegini akan berakhir dengan kematian.

kepalanya berasa amat berat sekali. beliau mencuba untuk membuka matanya. terasa begitu sakit matanya apabila sinar cahaya memasuki iris matanya sehingga cahaya itu menemukan kornea. dengan sekelip mata otak mentafsir apa yang telah dilihat oleh mata. kelihatan suasana aneh baginya. kedengaran sayup-sayup burung berkicauan dan halus lembut angin bertiupan. suasana itu diserikan lagi dengan bunyi aluran air mengalir. beliau berasa sungguh pelik sekali.
tempat itu seakan-akan aneh baginya. kepalanya pusing, semakin dia memikirkan hal itu semakin sakit yang dirasanya.
"ha, sudah terjaga kamu anak muda. enak tidurnya?" suara nenek tua kedengaran di cuping beliau. otaknya tidak dapat mentafsir sipakah gerangan empunya suara itu.
beliau terus menoleh kebelakang. kelihatan seorang nenek tua yang bebaju kebaya dan berkain songket. paras rupa wanita itu sudah jelas sekali sudah di mamah usia. namun gayanya tidak ubah seperti anak dara yang belasan tahun.
" siapa pulak orang tua ni?" beliau kehairanan melihat seorang nenek tua telah berada hampir di hadapannya. segalanya aneh baginya.
"siapa nama anak muda?" wanita separuh abad itu mula bertanya kepadanya. wanita tua itu sengaja tidak mahu mengenalkan dirinya dahulu kepada beliau.
" emm..nama saya..emm..nama saya.emm.." beliau mencuba mengerahkan segala tenaga yang terkumpul di otaknya untuk menjawab soalan itu. namun usahanya gagal. beliau tidak mampu mengingati apa-apa pun sehinggakan namanya sendiri.
wanita tua itu kehairanan melihan anak muda yang berada di hadapannya itu berkerut-kerut mencuba mengingati nama nya sendiri. sememangnya jelas kelihatan bahawa beliau tidak mampu menjawab soalan wanita tua itu. pada awalnya wanita tua itu memikirkan bahawa anak muda itu sengaja bermain-main dengannya. namun setelah beberapa lama beliau tidak memperolehi jawapan bagi soalan yang terlalu mudah itu nenek tua itu mengetahui yang anak muda itu telah kehilangan akal sihatnya. suasana di situ kembali senyap dan dihiasi dengan latar suara alam yang amat mengasyikkan itu.


No comments:

Post a Comment