Friday, May 21, 2010

bab 5

Yusuf seolah-olah tidak mengenali dirinya sendiri. pelbagai cara telah digunakannya untuk mengingati namanya sendiri. setiap kali itu jugalah kepalanya berasa sungguh sakit sekali.
yusuf melihat sekelilingnya. Aneh sekali suasana rumah ini, berbumbungkan atap nipah, dan berdindingkan rotan. dia seperti tidak selesa dengan suasana seperti ini.
"anak muda nenek rasa kamu telah ditimpa bala, mungkin ingatan kamu telah dimakan oleh penunggu desa ini." tiba-tiba nenek tua yang sedang memasak itu bersuara. senyuman terukir di wajahnya. "penunggu desa?" perkataan seperti ini seolah aneh di pendengaran yusuf. tiba-tiba yusuf teringat sesuatu, dia teringat akan islam, solat, puasa dan sebagainya. tetapi bukan perihal dirinya. dengan kuasa yang Maha Esa, yusuf telah mengingati agama anutannya. dengan berkudratkan tulang empat keratnya, yusuf menggagahi dirinya untuk turun ke anak sungai yang berada di hadapan rumah usang itu.
"sahaja aku mengambil wuduq kerana Allah Ta'ala"
setelah beberapa ketika selesailah wuduqnya. kesejukan air sungai itu tidak dihiraukannya. apa yang dirasakannya hanyalah untuk mengerjakan solat zuhur yang telah tiba. entah mengapa firasatnya sungguh kuat menyatakan bahawa waktu solat telah tiba. setelah selesai berwuduq, yusuf terus naik semula kerumah nenek tua itu. sekali lagi kekuasaan Allah telah dilihatkan, hanya dengan firasatnya, yusuf dapat mengetahui arah kiblatnya. dengan perasaan yang sungguh yakin yusuf telah menunakan kewajipannya terhadap penciptanya. kekusyukkan telah tiba dihatinya. sesiap bait-bait ayat al-Quran dibacanya dengan teliti dan difahaminya. pada ketika itulah, nenek tua itu terlihat perilaku yusuf. terpana nenek tua itu seketika, sememangnya aneh apa yang sedang dilakukan oleh yusuf itu. nenek tua itu terfikir-fikir sendiri, apakah yang sedang dilakukan oleh yusuf itu. ingin di tegur tetapi seperti ada satu suara yang menegahnya daripada melakukan hal sedemikian, maka nanek tua itu mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh yusuf itu.
tiba-tiba suatu suara aneh kedengaran.
"wahai munah yang tampak muda, apa kau biarkan sahaja anak muda ini? tidakkah kau gentar akan apa yang dia sedang lakukan itu akan membinasakan kau?" suara aneh itu seakan-akan menghasut nenek tua itu. nenek tua itu kehairanan, dari manakah datangnya suara aneh itu. namun apa yang lebih menghairankannya suara itu mengenali dirinya. tiba-tiba muncul seorang perempuan yang indah berseri dihadapannya. perempuan itu tersenyum kearah nenek tua itu, namun apabila ia menoleh kearah yusuf yang sedang bersolat itu mukanya kelihatan begitu marah.
"siapakah gerangan tuan hamba yang cantik berseri ini? munah terus bertanya. dia kelihatan begitu kagum akan kecantikan wanita itu.
"nama aku bunga mekar" bunga mekar tersenyum sinis lalu menyambung kata-katanya.
"aku tahu kamu mahu jadi cantik seperti aku bukan? sekiranya kamu mahu jadi seperti aku, kamu mesti ikut apa sahaja perintahku." suara bunga mekar meninggi dan dia terus ketawa bangga. namun apa yang aneh yusuf yang sedang bersolat seolah-olah tidak mendengar suara bunga mekar itu. ibarat ada hijap yang melindungi beliau.
"hamba mahu bunga mekar, hamba mahu." tanpa berfikir langsung munah terus sahaja bersetuju akan permintaan bunga mekar itu. sesungguhnya munah tidak menyedari bahawa siapakah bunga mekar itu.
"hamba rela melakukan apa sahaja, asalkan hamba bisa kelihatan cantik seperti tuan hamba bunga mekar." seperti hasutan bunga mekar telah memakan diri munah. janjinya untuk memberi kecantikan telah berjaya memperdayakan diri munah. bunga mekar diam sebertar, dia tersenyum panjang. Dalam senyuman itu rupa-rupanya dia sedang memikirkan sesuatu. sekiranya disuruh munah mengganggu yusuf yang sedang bersolat itu sudah tentu tidak akan berjaya. ini adalah kerana dia telah cuba untuk mengganggu yusuf sebentar tadi namun segala-galanya telah gagal. telah ditiupkan perasaan ragu-ragu keatas diri yusuf namun ia seolah tidak berkesan langsung.
"begini munah setelah anak muda itu selesai melakukan perkara itu, kamu terus menghalau dia keluar dari rumah ini. jangan diberi simpati sekali pun." bunga mekar mengharapkan agar cara itu berjaya memberi kesusahan kepada yusuf. dengan selesai sahaja perintah itu bunga mekar telah hilang dari pandangan. munah kehairanan sekali lagi. berpusing-pusing tubuhnya mencari-cari bunga mekar namun tidak kelihatan juga."permintaan mu akan aku tunaikan setelah segala kerjamu selesai." sekali lagi hanya suara yang tiba di cuping telinga munah. Kelihatan yusuf telah selesai mengerjakan solatnya. yusuf melihat nenek tua itu sedang memandang-mandang dirinya. muka nenek tua itu seakan-akan memikirkan sesuatu.
"apa yang nenek sedang fikirkan itu?" yusuf terus bertanya kepada nenek tua itu.
"anak muda kamu melakukan apa sebentar tadi?" tiba-tiba muka nenek tua itu kelihatan seperti sedang marah.
"kamu ingin membinasakan diri hamba ya?! keluar kamu dari sini. hamba tidak sangka ini balasan kamu kepada hamba!." nenek tua itu kelihatan benar-benar sedang marah. yusuf terkedu, sememangnya dia tidak menyangka apa yang telah dikerjakannya telah dianggap buruk oleh nenek tua itu.
"apa maksud nenek? saya tidak...." kata-kata yusuf telah dipintas oleh nenek tua itu.
"kamu keluar sekarang dari rumah hamba! keluar sekarang!" nenek tua itu terus menghambur-hambur kata yang kesat kepada yusuf. yusuf gentar, dengan tergesa-gesa dia telah bangun dari tempat dia bersolat itu dan terus berlari keluar dari rumah nenek tua itu.

masa sekarang.

yusuf yang sedang baring kelihatan berpeluh-peluh. Juru rawat yang sedang memeriksa keadaan beliau terkejut, dengan pantas juru rawat itu terus memanggil doktor yang mengendalikan kes yusuf ini. Dr. Rahman kelihatan cemas sekali ini adalah kali pertama keajaiban berlaku dihadapannya. seorang pesakit yang sedang koma dan dibantu dengan alat bantuan pernafasan berpeluh-peluh seolah-olah sedang berlari. perkara ini sememengnya tidak dapat ditafsir olehnya. namun dr.Rahman mengambil keputusan untuk tidak akan memberitahu perkara ini kepada keluarga yusuf. beliau ingin melakukan beberapa penyelidikan dahulu sebelum perkara ini diberitahu kepada sesiapa pun.
"Marsha, tolong rahsiakan hal ini daripada pengetahuan sesiapan pun ya? saya inigin membuat kajian lanjut dahulu." dr.Rahman terus berlalu keluar dari wad. Marsha adalah jururawat yang telah ditugaskan untuk menjaga yusuf. Marsha mengelap keringat yang telah membasahi tubuh yusuf itu, kelihatan wajah yusuf yang bersih itu. walaupun kulitnya jenis sawo matang, namun jelas kelihatan kebersihan wajahnya. kemalangan yang telah menimpa yusuf langsung tidak menjejaskan wajahnya. itu mungkin kerana yusuf memakai topi keledar, namun itu adalah kekuasaan Allah. segala yang berlaku adalah kehendaknya, sememangnya apa yang telah ditakdirkan oleh NYA itu ada hikmahnya.

Abad ke-15

yusuf terus berlari sehingga dia berasa bahawa dia telah jauh meninggalkan rumah nenek tua itu. sememangnya dia tidak faham lagi mengapakah nenek tua itu menghalaunya dirinya sedangkan dia hanya mengerjakan solat yang telah dituntut oleh agamanya. setelah berasa penat yusuf telah berhenti untuk berlari, terasa semput nafasnya. namun dia merasakan bahawa rumah nenek tua itu masih hampir dengannya. yusuf telah menggagahkan dirinya untuk berlari lagi. segala kekuatan telah habis digunakannya, kepenatan telah menguasai dirinya, lalu larian yusuf telah mati di suatu anak sungai. pada saat itulah yusuf terus turun kedalam anak sungai itu. kesejukan air sungai itu seolah-olah telah memulihkan sedikit kepenatan dirinya. diminumnya air yang sejuk itu dengan lahapnya.
"fuh baru segar, peh penat betul la. kenapalah nenek tua itu? kenapa dia begitu marah terhadap aku ya?" segala-galanya masih lagi tanda tanya. yusuf masih tidak dapat mengetahui mengapa nenek tua itu melakukan perkara sedemikian. suasana hutan yang tebal itu sememangnya aneh bagi yusuf. kicauan burung, tiupan angin, dan deruan air sungai telah menjadi hiburan di dalam hutan tebal ini.
"Assalamualaikum tuan hamba." tiba-tiba satu suara telah menyinggah di suasana hutan tebal itu. yusuf terus menoleh ke arah daratan dan dia telah terlihat seorang lelaki yang tegap tubuhnya. lelaki itu tersenyum kearah yusuf.
"waalaikumsalam" yusuf terus menjawab salam lelaki tersebut.
"sememang tidak salah firasat hamba, alhamdulillah" lelaki itu terus tersenyum, sememangnya lelaki itu telah menyangka bahawa anak muda yang sedang mandi itu adalah seorang muslim.
"siapakah gerangan tuan hamba ini?" yusuf telah menggunakan dialek melayu klasik yang telah dipelajarinya sewaktu berada di rumah nenek tua itu tadi. sememangnya janggal lidah yusuf berbahasa seperti itu.
"hamba khairul Amri, anak kepada kepala desa ini." lelaki itu tersenyum lagi, semakin aneh kata-kata yang didengar oleh yusuf. bahasa yang telah digunakan oleh amri tadi adalah bahasa melayu klasik yang telah dipengaruhi denagn dialek indonesia. suasana kembali dihiasi dengan lagu-lagu hutan belantara. senyuman amri tidak lokek langsung, namun senyuman paksaan yang dibalas oleh yusuf untuk amri itu semakin mengendur kerana kesejukan air sungai itu.

No comments:

Post a Comment