Friday, April 30, 2010

bab 3

puchong, selangor.



keadaan di rumah Rosnah seperti tidak kena sahaja, puan Rosnah yang lebih dikenali sebagai pn Ros berasa tidak sedap hati sejak dari petang tadi lagi. Seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. telah berkali-kali rosnah berishtifar untuk menenangkan perasaannya yang gundah itu. Rosnah adalah ibu angkat bagi yusuf sejak yusuf berumur 4 tahun lagi. pada masa itu rosnah telah berjalan-jalan di tepi pantai untuk menenangkan perasaannya yang sedih kerana telah terluka akan sikap rashidi yang bersikap dingin terhadapnya. rashidi ialah suami rosnah sekarang. setelah beberapa lama bermadu kasih dan mengharungi segala dugaan selama percintaan mereka, akhirnya mereka berjaya mendirikan juga masjid impian mereka. pada masa itu rosnah melihat seorang anak kecil sedang bermain-main di gigi pantai, dapat dilihat sinar kegembiraan yang terpacar dari muka anak kecil itu. rosnah terhibur melihat gelagat anak kecil itu, anak kecil itu seakan mengerti bahawa dia sedang diperhatikan oleh rosnah. tingkah lakunya amat menghiburkan, ada kala dia membina istana pasir yang kecil, namum sebelum istana itu siap terbina, ia telah dimusnahkan oleh pukulan ombak yang tidak pernah jemu memukul si pantai. "Kelihatan seperti marah anak kecil itu, kasihan pula aku melihatnya" terdetik rasa kasihan dari dalam diri rosnah. namun dia terus sahaja melihat gelagat si anak yang terpinga-pinga akan apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. dapat dilihat si anak itu seperti memarahi si ombak yang telah memusnahkan istananya.

dalam diam rosnah tertanya-tanya siapakah nama anak kecil yang begitu comel dan baik paras rupannya itu walaupun ada tompok-tompok pasir diwajahnya. Rosnah berjalan dengan begitu berhati-hati pergi ke arah budak itu. dia begitu risau sekiranya anak kecil itu takut atau terkejut melihat kehadirannya yang tiba-tiba itu. "hai adik comel, main apa tu?" rosnah memulakan pertanyaannya dengan senyuman. anak kecil itu kelihatan terpinga-pinga. rosnah tersenyum melihat raut wajah anak kecil itu. "mungkin dia takut ni, sebab itu dia terkejut." rosnah membuat spekulasi sendiri.
"erm... akak ni siapa? saya kenal akak ke?" anak kecil itu bersuara. rosnah terkejut melihat kepetahan anak kecil itu bersuara. seperti telah berumur dalam lingkungan lima ataupun enam tahun. "eh! pandai betul anak ini berkata-kata." rosnah bermonolog. "nama akak rosnah, adik tak kenal akak pun, tetapi akak nak kenal adik, bolehkan?" rosnah terus menjawab semua soalan budak itu. setelah mengetahui nama budak itu rosnah telah di bawa ke arah ibu budak itu.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu telah memberi sesuatu pengalaman yang baru di dalam hidup rosnah. semasa berehat di dalam chalet, rosnah terngiang-ngiang apa yang telah dibualkan nya bersama-sama dengan puan Aini petang tadi. Puan Aini adalah ibu kepada yusuf, dan yusuf pula adalah anak kecil yang menjadi punca utama pertemuan antara rosnah dan puan aini. "ros, sebenarnya hidup akak ni tinggal beberapa hari sahaja lagi, sebelum akak pergi ni, akak nak melalui hari-hari yang indah bersama suami dan satu-satunya anak akak ini." dalam nada yang bersahaja puan Aini meluahkan apa yang telah terpendam didalam sanubarinya.rosnah berasa begitu terkejut pada masa itu. mengalir air jernih dari kelopak matanya, bukan sahaja bersedih akan perkara yang akan dihadapi oleh puan Aini, tetapi bersedih akan nasib yang akan dihadapi oleh yusuf. setelah puas berfikir pada malam itu, rosnah telah mengambil keputusan untuk mengambil yusuf sebagai anak angkatnya. pada fikiran rosnah mungkin ini adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh yang Maha esa di atas sana.

"deras hati, ku bergetar, di langit aku terlihat kamu," deringan telefon bimbit milik rosnah telah memecahkan kesunyian dirumah itu. lamunan rosnah terus pecah berderai. dengan tergesa-gesa rosnah berlari anak untuk mendapatkan telefon bimbitnya itu.
"ini puan rosnah ke?" kedengaran satu suara yang amat asing sekali bagi rosnah.
"ya, ini saya rosnah, encik ini siapa? ada apa-apa yang boleh saya bantu?" rosnah terus bertanya, hatinya berasa berdebar-debar.
"saya harap puan dapat bersabar, saya inspektor azman. saya ingin memaklumkan bahawa anak puan, mohamad yusuf telah terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya di..." belum sempat lagi inspektor azman menghabiskan kata-katanya, rosnah telah terpaku. dia berasa seperti dunia ini berat sekali. ibarat langit telah runntuh dan telah menghempap dirinya. Akhirnya terjawab juga persoalan rosnah. setelah menghabiskan sisa-sisa panggilan dari inspektor azman itu, puan rosnah terus menelefon suaminya encik rashidi.

keadaan di hospital besar teluk intan begitu suram. suasana di situ seperti turut mengetahui apa yang telah terjadi terhadap yusuf. ruang menunggu kini telah dipenuhi dengan kehadiran rakan-rakan, dan semua orang yang mengenali yusuf. malapetaka yang telah menimpa yusuf telah tersebar dengan begitu cepat sekali. berita kemalangan yang telah menimpa dia tersebar ibarat dibawa sang angin."keadaan beliau sekarang sangat kritikal, tempurung kepalanya telah pecah, beliau juga telah kehilangan banyak darah, selain itu terdapat lagi beberapa kecederaan kecil di badannya. saya tidak mahu memberi sebarang harapan sekarang. pihak hospital akan melakukan yang terbaik untuk beliau, banyak-banyakkan berdoa ya puan rosnah" itu adalah kata-kata dr. Rahman kepada rosnah semasa menghubunginya.tujuan dr. rahman adalah untuk mendapatkan kebenaran daripada rosnah sebelum beliau melakukan pembedahan kepala yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa yusuf. prosedur ini adalah prosedur biasa sebelum mana-mana doktor ingin melakukan apa-apa pembedahan. namun tandatangan adalah diperlukan sebelum itu. disebabkan yusuf perlu menjalankan pembedahan dengan kadar segera kebenaran secara lisan sudah memadai untuk memastikan pembedahan ini dapat dilakukan. tandatangan penjaga boleh dilakukan kemudian setelah penjaga pesakit telah tiba di hospital tersebut.kes ini sering kali berlaku kerana pihak hospital tidak mahu apa-apa perkara yang buruk akan berlaku sekiranya tindakan segera tidak dilakukan oleh pihak hospital.

Azmi dan safuan telah dikerumuni rakan-rakan. mereka semua ingin mengetahui cerita sebenar kemalangan itu. dengan nada yang sedih dan risau akan keadaan yusuf, azmi dan safuan telahmenceritakan segala-galanya. cerita itu mula tersebar dengan pelbagai versi. Ada yang mengatakan bahawa mereka berlumba lalu yusuf terbabas dan melanggar kereta. ada juga yang bercerita bahawa kereta yang telah melanggar yusuf. pelbagai lagi versi-versi cerita kemalangan tersebut, tetapi yusuf selaku mangsa kemalangan tersebut tetap sedang bertarung nyawa di bilik pembedahan. hanya doa yang menemani beliau. ada juga tangisan dari insan-insan yang menyayangnginya. namun tiada sesiapa pun yang mengetahui apakah nasib yang sedang dialami oleh yusuf. dimanakah yusuf sedang berada sekarang ini. adakah beliau sedang menanti suruhan Allah mencabut nyawanya? segala itu tidak terjawab akan fikiran normal manusia.

to be continue....

No comments:

Post a Comment