erm ak nk smbg balik cerita aku yang tertangguh hari tu,
selepas kedengaran suara yang aneh tu jun terus demam...ksian aku tengok dia tadi kat sekolah muka nya pucat skali, pabila aku cuba bertanya kepada dia dia tidak memberikan sebarang jawapan pun terhadap apa yang aku tanyakan.
Jarum jam dinding rumah ku sudah bertemu dengan angka 3,suasana semakin sejuk, kedengaran sayup-sayup nyalakan anjing. mataku pula semakin terbuai akan tiupan angin malam ini.
"Assolatuhairumminalnaum....." kedengaran sayup-sayup azan subuh dilaungkan. kelunakan suara muazin umpama membuai aku untuk terus berada di alam mimpi ini. namun ku gagahkan juga diri ini untuk bangkit dari nyenyak tidur ini. dengan berat sekali aku melangkah ke bilik mandi yang terletak di luar rumah. "aduh sejuk betul pagi ni, macam kat dalam peti ais da aku rasa." aku merungut sendirian. sememangnya kesejukan pada pagi ini aneh sekali. tubuhku menggigil-gigil menahan kesejukan ini. jika tidak kerana aku mahu menuntut ilmu sudah tentu aku tidak akan bersusah payah sebegini.
Perjalanan ke sekolah ku mengambil masa selama setengah jam. namun ak pergi ke sekolah bukan la berseorangan, aku di temani oleh teman setiaku.. BJQ 5466. itulah no plat moto ex5 ku yang telah banyk berjasa kepada aku. huhuu..pelbagai onak dan duri telah aku harungi bersama dia. Sekiranya ketiadaannya sudah tentu aku akan tinggal di asrama ungku aziz yang di katakan menyimpan pelbagai kisah2 paranormal. tepat jam 7.15 a.m aku tiba di perkarangan sekolah. ku lihat ramai rakan2 ku telah tiba di tempat meletak motosikal itu.
sekarang jam menunjukkan pukul 12.40 tgh hari. aku bersama-sama rakan ku telah sedia untuk pulang ke rumah masing2.
"wan ko ada nak g ane2 ker?" terdengar suara lantang azmie bertanya kepada safuan akan hala tuju nya selepas ini.
"tak ada g ane2 kot, kita terus balik ajew la, aku lapar ar, rindu kat masakan opah aku ni." lemah suara safuan menjawab persoalan azmie sebentar tadi.mungkin kerana terlalu lapar. kami semua tergelak terdengar jawapan selamba safuan itu. Safuan sememangnya terkenal di kalangan kami dengan sikapnya yang manja akan opahnya. sehinggakan dia sanggup meninggalkan keluarganya di ipoh hanya kerana mahu tinggal bersama2 opahnya di sg keli.
gelak tawa kami masih lagi kedengaran, kerana bengang akan sikap kami itu safuan terus sahaja pergi tanpa mengajak kami sekali.
"weh wan tunggu la." aku menjerit. tanpa membuang masa lagi, aku terus mengikut safuan dari belakang. Semasa perjalanan pulang itu kami semua berlumba ingin tiba awal di destinasi kami. Meter motor aku telah menunjukkan angka 120 km/j. namun kelajuan itu seperti tidak memuaskan lagi hati rempitku ini, dengan sisa-sisa trotal yang masih ada aku memulas lagi trotalku hingga habis. kelajuan semakin bertambah, aku telah berjaya memotong safuan yang sememangnya jaguh dalam arena sukan permotoran mat rempit ini. di sebabkan terlalu gembira kerana telah berjaya mengalahkan safuan aku telah menanbah lagi kelajuan motor ku. kini pepatah santak meter telah berjaya aku rasakan sehinggakan langgar dinding. aku berasa sungguh gembira sekali... dalam keadaan kelajuan ini aku tidak menduga akan musibah yang bakal aku lalui nanti. tiba-tiba kereta yang berada di hadapan ku membrek dengan mengejut. aku tidak dapat mengawal motor ku, walaupun aku cuba membrek namun motor ku seakan-akan tidak mahu memberhentikan dirinya.
"argh!!!!!!! ya Allah...." aku menjerit sepenuh hati ku,walaupun aku dapat menduga bahawa sudah pasti aku tidak akan terselamat daripada melanggar kereta itu.
"bangg!!!!" aku telah melanggar bahagian belakang kereta itu, aku merasakan diri ku telah terbang seperti burng seketika. tiba-tiba aku telah jatuh mencium jalan tar yang sememangnya juga tidak pernah menduga akan kejadian ini. aku tidak dapat merasakan sebarang kesakitan, tetapi kepala ku berasa sungguh sakit, penglihatanku semakin kabur, dan tiba-tiba aku tidak sedar akan apa yang berlaku disekeliling ku ini.segalanya senyap dan gelap gelita.
to be continue.....^_^
No comments:
Post a Comment