Wednesday, March 10, 2010

Malam ni aku keseorangn jew, rumah usang yang ak diami ni sahaja lah teman ku....huhuhu..bunyi angin malam dan nyanyian cengkerik lah yang menghiburkan aku...entah mengapa pada malam ni ak berasa sungguh sejuk.
kedinginan malm ni aku rasai sehingga ke akar tulang ku ini..
pada msa2 mcm ni la aku teringatkan cerita hangat yang berlaku kat sekolah tadi. Aku pun tak tau kesahihan cerita ni..tapi dari gaye penceritaan nya dari kawn aku tu cerita tu benar-benar berlaku..kisahnya bermula pada........
tepat jam 12:07 malam..."weh aku ngantok ark, jom ar tido beb" sal yang telah beberapa kali menguap mengadu kepada jun yang sedang khusyuk study. jun tidak sedikit pun menghiraukan sal. mungkin kerana trlalu khusuk. "jun!! ko dengar tak ni!!" sal yang telah terlalu mengantuk berasa sedikit geram terhadap jun yang tidak langsung menghiraukan dirinya.
"ye ye aku dengar la.ko naik la dulu sal.aku nak abiskan sikit lagi ni.huhuhu"
"ya Allah jun, dah pukul berapa ni? jom jela tido. ko boleh sambung esok lagikan?"
sal sudah beberapa kali menguap. matanya tidak lagi tertahan akan rasa mengantuknya itu.
"sal ko pergi la naik dulu k.aku maybe naik kejap lagi"
jun melihat sal dengan rasa yang sungguh kesian. sal kelihatan sungguh mengantuk. pada pikiran jun mungkin kerana latihan bola jaring pada petang tadi. dalam keadaan yang mamai sal telah melangkah dengan berat sekali. kini tinggallah jun yang duduk keseorangan di dalam bilik study. tanpa disedari oleh jun msa telah beralih ke jam 3 pagi. suasana sungguh sepi pada malam itu. selalunya pada jam sebegini masih ada lagi yang study di blik sbelah. setelah mengemas buku2 yang berhamburan di mejanya. jun telah melangkah keluar daripada bilik study. disebabkan jun merasa sungguh sejuk, jun terasa ingin membuang air kecil, dia telah pergi ke tandas yang berhampiran dengan bilik study itu. setelah selesai urusannya di dalam tandas itu.
"aduh aku lupe plak nak off kipas ngan lampu tadi"
setelah membasuh tangan, jun pergi semula ke bilik studynya. namun semasa tiba di situ, lampu dan kipas telah terpadam.
"mungkin pak guard yang matikan kot lampu ngan kipas ni." desir hati kecil jun.
oleh hal yang demikian, jun pun pergi ke dormnya. tetapi baru beberapa langkah meninggalkan bilik study nya, jun terdengar bunyi suara kanak2 tertawa. namun disebabkan beliau berasa begitu mengantuk,dia tidak menghiraukan suara tersebut. setelah menapak beberapa langkah lagi, jun terdengar lagi suara kanak2 tersebut tetapi kali ini suara sedang menangis.
habis tegak blu roma si jun tu. "aduh bunyi apa lak ni?" rungut jun,
"mungkin khayalan aku je kot." jun mencuba menenangkan hatinya.
jun mencuba tidak menghiraukan suara tersebut tetapi hatinya semakin memujuk2 dirinya untuk mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.
jun mencuba untuk memberanikan dirinya untuk menoleh kebelakang. fikirannya teringat pula akan cerita jagn pandang belakang yang pernah ditonton nya pada suatu masa dahulu bersama2 rakan2nya di mid valley.
tiba2 jun terkejut, kerana apa yang dilihatnya bilik studynya masih kelihatan terang seperti ada orang yang berada di dalamnya.
"eh, bukan ke tadi lampu da mati?" jun tertanya2. pelbagai kemungkinan yang bermain di fikirannya. jun memberani kan dirinya untuk melihat sendiri siapa yang ada di dalam bilik study itu. dengan perlahan jun menapak ke bilik study itu. di sebabkan terlalu takut jun hanya mengintai di celah2 cermin yang berada di tepi pintu itu. tiba2 darah jun mengalir dengan sungguh laju sekali. jun melihat ada satu makhluk kecil sedang bermain2 di atas meja. makhluk yang kelihatn seperti anak kecil itu terlalu asyik bermain dengan bekas pencil.
muka makhluk itu sungguh mengerikan,mukanya sungguh buruk.matanya merah menyala seperti ingin memakan sesiapa yang dilihatnya. rambutnya panjang hingga mencecah ke lantai. gigi makhluk itu bersiung. baunya tidak dapat di gambarkan oleh jun. bau busuk yan teramat sangat yang tidak pernah di hidu oleh dia. jun seakan-akan leka melihat makhluk itu bermain2. tiba2...makhluk itu melihat tepat kemata jun..denagn keadaan yang terkejut, jun terus melompat dan dia hampir2 sahaja terjatuh. dengan seluruh tenaga yang ada, jun telah berlari sekuat hati menuju ke dorm nya,..
jun terus menyelimukan dirinya. nafasnya tidak berhenti berdengus lagi. tubuh jun menggeletar seluruhnya.
" katil 1 da tido, katil dua da tido, katil 3 da tido, katil empat da tido..eh2 belum2 katil empat blom tido,,hehehehehehehe" suara nyanyian dan gelak tawa kanak-kanak kedengaran...bunyi apakah itu????siapakah empunya diri suara itu???
kisah ini akan bersambung pada masa yang akan datang....tunggu bab 2 pula ye.aku pun da ngantuk ni..k salam bye......

No comments:

Post a Comment